ASSALAMMUALAIKUM
BISSMILLAHHIRAHMANNIRAHIM.....
Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati
sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan
sering berdendam apabila dihina dan diumpat?
Andainya kita tidak mampu memaafkan
kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih,
kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.
Lunakkan hati dengan renungan ini: Bila sukar
memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang
dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan
mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita.
Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita
untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini
orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah
dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap?
Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan
kemaafan dari kita.
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini
hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia
terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat
menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu
memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita
berkata “ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini.”
Bila orang bersalah dengan kita selidiklah
apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.
Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian
kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang
melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan
sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia
terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana
dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu
mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di
akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan
orang yang bersalah.
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan
orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas
dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat
kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi
kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat
segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha
Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia
hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan
petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
RASULLAH S.A.W BERSABDA: “SEBAIK-BAIK
MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH
MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA
REDA MARAHNYA ITU.”
No comments:
Post a Comment