Tak k"Ustaz,boleh tak sebenarnyalelaki dan perempuan keluar? isahlah diaorang couple atau tidak.
Boleh tak? Keluar sebab urusan kerja ke, saje-saje ke, tapi tak buat apa-apa.. means tak
sentuh-sentuh..Just borak-borak je .."
"Oklah,oklah,ustaz jawab insayAllah..
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke,nafsu ke,exclusif?"
"Exclusif tu hape pulak ustaz? "
"Ok satu-satu ye? Mula-mula jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu,EH,MESTILAH
BOLEH !BUKAN BUAT APA-APA PUN KANNN???!!! "
"Astaghfirullah terkejut saya,ustaz ni….”
“Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa
pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke,
apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua,
bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”
“Err, ustaz tanya saya ke tu?
saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”
“Tapi kalau jawab ikut ilmu,
Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki
perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut
dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu
Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama
mahramnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat
yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita,
kerana syaitan akan menjadi ketiganya”.
(Hadis Riwayat Ahmad
&Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Di dalam surah An-Nur surah yang
ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki
yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Ayat lepas tu Allah nasihat
kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….
“Sedangkan Aisyah, yang digelar
Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan
ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang
mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam
perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi
‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang
tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman
Aisyah”.
“Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut
playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk
dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ‘fitrah’nya selama setahun? Sebulan?
Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang
halal”.
“Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati
zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi
ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang
kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah”.
Cakap-cakap
orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di
hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka
berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual
sahaja?
“Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal
persatuan agaknya’…
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan
mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang
mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah
FITNAH“.
“Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita
bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang
tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar
kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!“
“Kenapa ustaz
kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n
go’ “.
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan,
asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan
teman-temannya???
“Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia
dulu. Teman dia pergi shopping.”
“Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia
keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
“Perempuan tu ke? Haha… Aku dah
pernah rasa dah…”
“Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
“Perempuan
tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”
” EVEN DIA TIPU DAN REKA
CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! “
“Di mana kaum hawa
ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive
seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki… Di depan
sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan
wanita-wanita memikat.
Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah
yang paling jujur dan hebat.
Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’
itulah tempat dia curhat.
Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana
mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang
untuk ‘berpisah’.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal
untuk bakal suami?
‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua’? Dah
bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang
angkat.
‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju
longgar-longgar.
‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot???
“
“Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia
menolak dengan perasaan bongkak dan benci”.
Allah menyebut didalam
al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa
kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan
tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi
peringatan.
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti
yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi
dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka
kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah
pemelihara(mu).
“Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”
“Mungkin tak
semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada
diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan
bimbing mereka ke jalan yang benar….”
No comments:
Post a Comment